Dulu orang sibuk dengan baju bertingkat- tingkat. Sekarang kain pulak bertingkat-tingkat. Perubahan fashion yang amat pantas Bila kita dah faham basic, senang jer nak buat macam- macam fashion. Saya kasi tutorialnya sekali ...
Kali ini saya menjemput anda kasatu slot kehidupan yang dapat dibantu melalui jahitan. Ada group NGO belakang tabir memberi peluang jahitan kepada pasangan suami isteri yang sangat daif. Bantuan mesin jahit lurus highspeed, mesin jahit tepi & mesin lubang...
Student tahap 3 menduduki peperiksaan akhir. 30% teori. 70% amali Peperiksaan ini menilai kebolehan mereka sepanjang dua tahun berada di Tims Collection Alhamdulillah. Semua berjaya dengan cemerlang. Tahniah semua! ...
Selamat datang kepada semua student baru. Diharapkan anda semua dapat mengikuti program kemahiran jahitan ini dengan jayanya Anda juga akan dilatih menjadi usahawan muda yang berwawasan Attitude anda menentukan kejayaan anda dimasa akan datang Ambil dan menafaatkan semua peluang...
TIM’S ACADEMY OF FASHION telah ditubuhkan pada tahun 2000 sehingga kini. Pengasas Akademi ini, Puan Timah Binti Arshed mempunyai pengalaman luas dalam bidang jahitan selama lebih daripada 20 tahun.
Tim’s Academy of Fashion menganjurkan pelbagai kursus jangka pendek dan panjang seperti kelas jahitan, kursus sulaman, kursus langsir dan kini melebarkan skop pelajaran kepada kursus jahitan asas manik sehingga ke kursus jahitan pakaian pengantin.
Setelah 11 tahun penubuhan, Tim’s Academy of Fashion telah melahirkan ramai usahawan yang telah membuka perniagaan jahitan sendiri. Harapan kami adalah supaya lebih ramai wanita, remaja mahupun lelaki menceburkan diri dalam dunia jahitan dan menjadikan bidang ini sesuatu yang menyeronokkan dan seterusnya menjana pendapatan sampingan.