Sunday 6 October 2013

CARA MENJAHIT PINGGANG

UKURAN SAIZ M : KELILING PINGGANG 28"- 2"= 26" bahagi 4 = 6 1/2" (formula).


  1. Bakrum: 6 1/2" + 1" untuk dapatkan no.1 dan no.5 (abaikan 1" dan ambil ukuran 6 1/2" inci bahagikan kepada 2 bahagian. untuk no.1 kita akan dapat saiz 4 1/4, dan untuk saiz no.5 kita akan dapat 3 1/4).
  2. Getah: 6 1/2"
  3. Bakrum: 6 1/2"
  4. Getah: 6 1/2"
  5. cantum semua mengikut nombor dan pastikan bakrum dijahit dibahagian atas getah.
Racik sedikit kain pada bahagian tengah-tengah hadapan untuk membuat tanda sebelum bakrum dijahit.

Ambil bakrum no.3, kemudian bahagikan kepada dua bahagian untuk dapatkan tanda dibahagian tengah-tengah bakrum.

Letakkan bakrum no.1 pada ben pinggang yang telah dilipat. lebihkan 1" tadi kebahagian luar seperti dalam gambar diatas.

Jahit 1/8 pada bahagian bakrum yang telah dikeluarkan 1".


Tinggalkan 1/2" sahaja untuk basi lipatan.

Kemudian patahkan bakrum pada jahitan 1/8. setelah patahkan pusingkan kain ben pinggang tadi kebahagian hadapan supaya bakrum tertutup dan kelihatan kemas pada bahagian bucu.

Mulakan jahitan pada bahagian bucu bakrum dengan posisi menurun kebawah, kemudian benam jarum sebelum kain dipusingkan.
Setelah jarum dibenam, kemaskan basi kebahagian dalam dan jahit sampai bahagian antara bakrum dan getah. Ulang proses yang sama iaitu benam jarum kebahagian dalam kemudian pusing semula kain dan jahit kebahagian atas hingga bertemu pada titik mula dan turunkan kebawah sekali lagi untuk mematikan jahitan.

Abaikan no2, dan trus ke no3. Pastikan tanda yang telah ditanda pada bahagian ben pinggang dan bakrum adalah sama.

Mulakan jahitan pada bahagian cantuman antara bakrum dan getah setelah basi lipatan ben pinggang dikemaskan kebahagian dalam. Lakukan proses yang sama seperti bakrum yang pertama tadi. Sampai sahaja di titik permulaan, benam jarum dan jahit kebawah (jangan keluarkan jarum) dan benamkan semula jarum. Kemudian tukar mata jahitan kepada mata kasar.


Seperti dalam gambar diatas, setelah mata jahitan ditukar pada mata kasar, tarik getah seperti diatas untuk memudahkan proses menjahit.
Mulakan menjahit sehingga sampai pada bahagian cantuman antara bakrum dan getah. 
Setelah sampai pada bahagian tersebut, benam jarum kemudian pusingkan kain. seterusnya jahit keatas dalam 1/2" (jangan jahit sampai atas). Benamkan jarum, kemudian tarik getah dan jahit lurus sampai bahagian cantuman. Apabila dah sampai pada bahagian tersebut, reverse sedikit untuk proses mematikan jahitan.
selesai untuk bahagian no1,no2,&no3.

Ini adalah gambaran no1,no2&no3 yang sudah pun selesai dijahit.


No5 adalah proses yang sama seperti no1, tetapi bakrum no5 mestilah sebaris dengan zip seperti diatas. lebihkan 1/8 untuk dijahit diatas ben pinggang supaya ia akan kelihatan kemas dan cantik apabila hendah dipusingkan kebahagian hadapan.


Ini adalah gambaran no5 apabila ia siap dijahit. Patahkan pada bahagian jahitah kemudian pusingkan kebahabian hadapan.

Ulang proses yang sama seperti no1, tetapi apabila sampai pada jahitan pemati, benamkan jarum dan tukar mata jahitan pada mata kasar. kemudian ulang proses menjahit getah no4 sama seperti getah no2.

Inilah hasilnya setelah kelima-lima bahagian dicantum dan dijahit pada bahagian ben pinggang.



Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

1 comments:

  1. Terima kasih puan atas perkongsiannya sangat membantu.
    Saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete

 

© 2013 FlatMag. All rights resevered. Share on Blogger Template Free Download