Monday 23 September 2013

HAND AND MACHINE STICHING

Pada 3 September 2013, bermulalah kelas teori untuk Student2 SLDN di Tim's Academy. Kami memilih kaedah day release dimana kelas teori akan dijalankan pada setiap hari Isnin. 
Ok, lets start...gambar2 dibawah menunjukkan student menjalani kelas asas jahitan tangan dan mesin. 

Ulasan saya: 
- Students kebanyakan tau jenis2 jahitan, tetapi secara teorinya banyak yang terkandas. Ini berdasarkan penilaian kuiz yang dijalankan. Ramai yang terkeliru jenis2 jahitan sementara, jahitan kekal dan sebagainya.
Juga Jahitan mesin, bahagian basic mesin juga tidak dapat dikuasai. 

Oleh sebab itu Tim's memilih day release untuk membuat semua jenis revision setiap kali mereka habis praktikal di syarikat SLDN.

Untuk beginer2 dalam bidang jahitan, disini saya sertakan sedikit nota tentang jahitan tangan. 


1.JAHITAN SEMENTARA
Ia akan ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.
Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.
Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.
Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda.
Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri.
Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus.
JENIS JAHITAN SEMENTARA :
- jelujur tanda  - jelujur tak sama
- jelujur tegak  - jelujur panjang pendek
-jelujur kasar(jelujur sama)

2. JAHITAN PENYAMBUNG
Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain.
Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.
JENIS JAHITAN PENYAMBUNG
-Jahit Kia
-Jelujur Halus 
-Jahit Lilit Ubi

3. Jahitan Pengemas
Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet, lipatan atau mengemaskan tepi kain.
JENIS JAHITAN PENGEMAS
-Sembat Susup
-Silang pangkah
-Insang Pari
-Lilit Kemas
-Sembat
-Lubang Butang












Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 FlatMag. All rights resevered. Share on Blogger Template Free Download